Friday, January 10, 2014

Kaedah Pemarkahan Perolehan Kerajaan Secara Sebutharga dan Tender

Setelah tarikh tutup perolehan secara sebutharga atau tender, jawatankuasa yang terlibat akan memulakan tugasnya untuk menilai dokumen sebutharga atau tender yang telah dihantar.
Ketika penilaian sebutharga atau tender dibuat satu standard pemarkahan akan digunapakai. Cara pemarkahan ini mungkin berbeza-beza di antara Jabatan dan Agensi kerajaan, tetapi matlamatnya tetap sama untuk menilai penyebutharga terbaik yang layak. Jawatankuasa penilaian yang bermesyuarat ingin memastikan penyebut harga yang benar-benar layak dan memenuhi semua keperluan cadangan teknikal dan kewangan sebutharga atau tender yang dinilai diberi keutamaan untuk memenangi sebutharga atau tender tersebut.
Kebiasaannya perkara yang penting dalam cadangan teknikal dan kewangan akan di tanda sebagai MANDATORI, di mana jika anda gagal untuk mematuhinya anda pasti akan gagal memenangi sebutharga atau tender yang disertai. Pastikan untuk melepasi peringkat pertama penilaian anda memenuhi semua perkara MANDATORI ini.
Dalam proses penilaian yang biasa saya lakukan bersama ahli jawatankuasa lain, markah penuh untuk setiap perkara yang dinyatakan dalam dokumen cadangan teknikal adalah sepuluh (10) markah. Markah inilah yang akan membezakan kedudukan penyebut harga apabila keseluruhan dokumen cadangan teknikal dan kewangan siap dinilai.
Tidak semua penyebut harga akan melepasi tahap ini, hanya beberapa penyebut harga sahaja yang mendapat markah tertinggi akan dicadangkan ke Jawatankuasa Perolehan untuk dipilih sebagai pemenang. Jawatankuasa penilaian akan memberikan justifikasi mengapa penyebutharga tersebut layak disyorkan dan mengapa penyebutharga yang gagal mendapat markah yang tinggi tidak dicadangkan.
Penyebut harga yang mendapat markah tertinggi dalam kedua-dua cadangan teknikal dan kewangan akan dipilih menjadi pemenang. Perlu diingatkan di sini  BUKAN penyebutharga yang menawarkan harga terendah akan memenangi sebutharga atau tender kerajaan.
Akan tetapi, ada sedikit perubahan jika Jabatan atau Agensi menggunakan eBidding untuk menawarkan tender. Dalam eBidding kesemua cadangan teknikal petender akan dinilai terlebih dahulu dan yang memenuhinya akan diberi peluang untuk menyertainya. Petender yang terpilih akan membida harga yang mereka mampu tawarkan. Di sini petender yang menawarkan harga paling rendah akan memenangi tender tersebut.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT MARKAH LEBIH?
Untuk mendapatkan jawapannya dan lebih maklumat dalam perolehan kerajaan serta bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan? Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Klik link untuk dapatkannya: